PRODUK NURDhuha™


Mempelopori dalam perusahaan makanan halal yang menjadi Fardhu Kifayah bagi kemudahan  bekalan makanan halal kepada semua umat Islam atau bukan Islam yang mementingkan kebersihan serta kesucian sesejenis makanan itu. Diantara produk yang sudah berada dalam pasaran adalah:-
1.    Puff Dhuha™ - puff bulat berasaskan bentuk bunga matahari+isian inti kentang+isi perasa yang menjadi kegemaran ramai.
Puff Dhuha™ ini menjadi produk utama syarikat. Kami mempunyai 2 jenis iaitu:-
                     i.        Puff Dhuha™ Ayam
                   ii.        Puff Dhuha™ Daging
Penjenamaan Dhuha™ itu sendiri telah mengusulkan kami untuk mengeluarkan puff dalam bentuk sejukbeku/’frozen’ untuk kemudahan ke pasaran luar dari Kuala Langat. Dalam peningkatan pembangunan produk pihak kami telah meneliti pasaran ‘fast food’ dalam pelbagai perasa, tetapi kami tetap mengutamakan bahan utama dalam resepi puff Dhuha™ iaitu isian inti kentang. Walaupun mempunyai peluang luas dalam mempelbagaian rasa, kami utamakan rasa tradisi kuih kampong yang menjadi kegemaran ramai ini.

Ilham asal puff ini adalah makanan kuih kegemaran anak dan suami Puan Noorizah Sadiran sendiri, oleh kerana ketabahan dan bakat yang Allah kurniakan beliau sendiri telah menghasilkan puff bulat isian inti kentang+telur rebus+isi ayam dari air tangannya kini telah menjadi sebutan dan kegemaran penggemar kuih ini. Tidak mustahil ini telah menjadi titik permulaan serta semangat kepada beliau dalam perusahaan perniagaan NUR DHUHA RESOURCES.

No comments:

Post a Comment