KENALI NURDhuha™

NUR DHUHA RESOURCES lahir dari ilham seorang wanita/isteri yang berasal dari Kg. Kanchong Darat, daerah Kuala Langat, Banting Selangor Darul Ehsan. Anak ke 6 daripada 7 orang adik-beradik ini merupakan seorang yang progressif dan aktif dalam semua yang diceburinya. Beliau menjadi tunggak keluarga dalam menjayakan NURDhuha™, Puan Noorizah binti Sadiran dikurniakan 2 orang cahaya mata hasil dari pernikahan bersama suami tercinta, yang juga membantu merealisasikan kejayaan syarikat amnya. Mereka bersama-sama berusaha bersusah payah dalam penghasilan produk-produk dan juga perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal pelanggan NURDhuha™. Pelbagai rintangan serta kesusahan telah pun dilalui sepanjang kehidupan beliau bersama suami, akhirnya tercetuslah idea untuk melahirkan sebuah syarikat yang akan mengubah kehidupan mereka. Selaras dengan misi dan visi syarikat mereka menjadikan NURDhuha™ sebagai batu loncatan kearah yang lebih tinggi di masa akan datang.

Demi agama ISLAM, BANGSA dan MALAYSIA tercinta, NURDhuha™ sudah semestinya bersedia, sedaya upaya memperjuangkan ekonomi. Kemajuan yang mana mungkin akan dapat merubah kehidupan umat Islam setempat, terutama bangsa Melayu amnya. Dalam menyahut seruan kerajaan dan demi tanggungjawab sesama umat Islam NURDhuha™ mengambil kesempatan masa dan tenaga yang masih gagah ini untuk mendalami kehendak semua keperluan umat sejagat, memperkasakan taraf kehidupan mereka serta menjadikan agama, bangsa dan negara gemilang dan terbilang di mata dunia.
Dalam mencari sinar mentari pagi, waktu Dhuha yang mulia kurniaan Ilahi; rezeki datang dari yang Esa. Kami berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah, mohon rezeki bekalan dunia dan akhirat, semoga usaha NURDhuha™ beroleh rahmat dan kejayaan akan dinikmati bersama sejagat.


No comments:

Post a Comment